Skip to main content

Malaysia

Sungai Golok di Rantau Panjang lepasi paras waspada

Satu daripada empat stesen pemantauan aras air sungai di Kelantan merekodkan paras melebihi tahap waspada setakat 10.45 malam ini. - Gambar fail
Satu daripada empat stesen pemantauan aras air sungai di Kelantan merekodkan paras melebihi tahap waspada setakat 10.45 malam ini. - Gambar fail

Ringkasan AI

  • Satu daripada empat stesen pemantauan aras air sungai di Kelantan merekodkan paras melebihi tahap waspada setakat 10.45 malam ini.
  • Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan paras air 7.18 meter, melepasi paras waspada 7.00 meter namun masih di bawah tahap amaran.
  • Penduduk berhampiran sungai dinasihatkan sentiasa peka terhadap perkembangan paras air dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Advertisement

KOTA BHARU: Satu daripada empat stesen pemantauan aras air sungai di Kelantan merekodkan paras melebihi tahap waspada setakat 10.45 malam ini.

Berdasarkan data Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas mencatatkan paras air 7.18 meter, melepasi paras waspada 7.00 meter.

Bagaimanapun, paras air di stesen berkenaan masih di bawah tahap amaran iaitu lapan meter dan paras bahaya sembilan meter.

Advertisement

Sementara itu, Sungai Kelantan di Air Mulih merekodkan paras air 4.90 meter, melebihi paras normal empat meter, manakala Sungai Kelantan di Jambatan Tendong mencatatkan 2.14 meter, masih di bawah paras normal tiga meter.

Empangan Bukit Kwong pula merekodkan paras air 14.02 meter, lebih rendah berbanding paras normal 16.76 meter.

Advertisement

Orang ramai khususnya penduduk di kawasan berhampiran sungai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan paras air dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement