Alexson seronok dan bangga bantu masyarakat pedalaman - bapa
Penolong Pegawai Perubatan Alexson Adit Hendry yang terkorban dalam nahas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) baru-baru ini amat gembira dengan kerjayanya. Menurut bapa mendiang Henry Empurai beliau sering bercerita tentang keseronokannya membantu masyarakat di pedalaman yang saban waktu dikunjunginya menggunakan helikopter.