Saksi kanak-kanak selesai beri keterangan, kini giliran guru dan pengetua
Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu akan bersambung pada isnin depan, dengan sembilan guru dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar dijangka memberi keterangan.
