Konflik sempadan: Malaysia yakin Kemboja-Thai capai penyelesaian muhibah
Dalam Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN baru-baru ini, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ucapan pembukaannya berkata ASEAN perlu membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa daya tahan serta keupayaan menyesuaikan diri yang telah menjadi ciri utama pertubuhan itu sepanjang hampir enam dekad lalu kekal utuh dalam menghadapi cabaran semasa.
