AWANI Pagi: Pecutan Terakhir Merebut Hati Pengundi
Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 kini memasuki hari terakhir sebelum rakyat membuat keputusan di peti undi. Dalam tempoh singkat ini, parti-parti politik menggandakan usaha menerusi manifesto, kempen lapangan dan naratif yang disasarkan kepada pelbagai kelompok pengundi.
Pagi ini dalam AWANI Pagi, kita akan bersama Profesor Kehormat (Sains Politik) USM, Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid bagi mengupas sentimen semasa, strategi saat akhir parti-parti bertanding serta faktor yang dijangka mempengaruhi keputusan pengundi. Adakah isu kos sara hidup, peluang pekerjaan dan pembangunan negeri kekal menjadi keutamaan, atau akan wujud kejutan pada hari pengundian nanti?