Skip to main content
Advertisement
Inovasi UPSI: Sistem Ejen Broker Pintar Berasaskan AI

Inovasi UPSI: Sistem Ejen Broker Pintar Berasaskan AI

Teknologi kecerdasan buatan atau AI kini dimanfaatkan bagi memastikan latihan dan pembangunan kemahiran pekerja lebih bersasar serta menepati keperluan industri. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membangunkan Sistem Ejen Broker Pintar Berasaskan AI, yang berfungsi menganalisis jurang kemahiran pekerja sebelum memadankannya dengan keperluan syarikat dan pasaran kerja.
Menerusi cadangan latihan yang diperibadikan, sistem ini berpotensi mengurangkan pembaziran masa, tenaga dan kos, sekali gus membantu melahirkan tenaga kerja yang lebih kompeten.