Skip to main content
Advertisement
AWANI Pagi: UTeM | Inovasi kejuruteraan untuk industri masa hadapan

AWANI Pagi: UTeM | Inovasi kejuruteraan untuk industri masa hadapan

Program khas Awani Pagi yang dibawakan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) ini mengetengahkan produk inovasi yang dihasilkan di universiti-universiti seluruh negara sebagai penyelesaian masalah dan pembangunan negara.

Episod ini membawakan dua produk inovasi daripada Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) iaitu RULLZZ Precision Cutter untuk pemotongan bahan karbon dan logam dengan ketepatan dan kemasan yang tinggi serta Elektrifikasi & Pendigitalan ekosistem penuaian kelapa sawit.