Azalina akan mohon peruntukan perluas pejabat satelit JBG
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said akan memohon peruntukan menerusi Belanjawan 2027 bagi memperluas penubuhan pejabat satelit Jabatan Bantuan Guaman (JBG) ke kawasan luar bandar di seluruh negara.