Skip to main content
Bahasa Melayu Berupaya Berperanan sebagai Medium Komunikasi Global

Bahasa Melayu Berupaya Berperanan sebagai Medium Komunikasi Global

Usaha sama strategik antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), universiti tempatan dan universiti antarabangsa terus membuahkan hasil dalam memperkukuh penguasaan Bahasa Melayu, bukan sahaja di peringkat serantau malah sebagai bahasa komunikasi global. Komitmen berterusan KPT menerusi pembukaan pusat bahasa di universiti terkemuka luar negara membuktikan Bahasa Melayu semakin diterima di persada antarabangsa. Perkembangan ini turut dizahirkan menerusi penyertaan dan pencapaian peserta antarabangsa dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur.