Skip to main content

Dunia

Putin bincang rundingan tiga pihak di Abu Dhabi dengan Majlis Keselamatan Rusia

Putin memberi tumpuan kepada rundingan tiga pihak antara Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan Ukraine dalam mesyuarat bersama anggota tetap Majlis Keselamatan Rusia serta anggota delegasi Rusia yang akan menyertai rundingan itu. - Gambar fail/ Reuters
Putin memberi tumpuan kepada rundingan tiga pihak antara Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan Ukraine dalam mesyuarat bersama anggota tetap Majlis Keselamatan Rusia serta anggota delegasi Rusia yang akan menyertai rundingan itu. - Gambar fail/ Reuters
Advertisement

MOSCOW: Presiden Rusia ,Vladimir Putin memberi tumpuan kepada rundingan tiga pihak antara Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan Ukraine dalam mesyuarat bersama anggota tetap Majlis Keselamatan Rusia serta anggota delegasi Rusia yang akan menyertai rundingan itu, lapor TASS.

"Rundingan tiga pihak mengenai isu Ukraine akan diadakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu depan, pada Selasa," kata Putin, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita negara Rusia itu.

"Memandangkan rundingan dijadualkan berlangsung pada Selasa, saya telah mengundang rakan-rakan yang akan mengambil bahagian dalam rundingan berkenaan. Marilah kita membincangkan topik ini secara ringkas," katanya.

Advertisement

Antara yang diundang menghadiri mesyuarat itu selain anggota Majlis Keselamatan Rusia ialah Pembantu Presiden, Vladimir Medinsky, yang akan mengetuai delegasi Rusia dalam rundingan berkenaan, serta Yury Ushakov.

Turut diundang ialah Timbalan Menteri Luar, Mikhail Galuzin dan Sergey Ryabkov; Ketua Direktorat Perisikan Utama Turus Am, Igor Kostyukov serta Timbalan Ketua Direktorat Operasi Utama Turus Am, Yury Zhigarlovsky.

Advertisement

Media kerajaan melaporkan rundingan itu dijangka berlangsung selama dua hari.

Utusan Khas AS, Steve Witkoff sebelum ini berkata pihak yang terlibat berhasrat membincangkan jaminan keselamatan, usaha meredakan ketegangan, isu kemanusiaan serta langkah seterusnya ke arah penyelesaian secara aman.

-- BERNAMA-TASS

 

Must Watch Video

Advertisement