Banjir Manjoi: 26 mangsa ditempatkan sementara di masjid
Seramai 26 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke Masjid Al-Ghufron selepas banjir kilat melanda Kampung Manjoi dan Kampung Tengku Hussein. APM Kinta terus memantau keadaan dan bersiap sedia jika PPS perlu dibuka.