Skip to main content
Advertisement
Banjir Nepal: Keluarga rakyat Malaysia terjejas diberi taklimat pada Ahad

Banjir Nepal: Keluarga rakyat Malaysia terjejas diberi taklimat pada Ahad

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata taklimat itu melibatkan Wisma Putra, Majlis Keselamatan Negara dan agensi berkaitan untuk memberikan penerangan lanjut mengenai usaha mengesan serta mencari mangsa yang dikategorikan sebagai hilang.

Beliau berkata Wisma Putra juga bersedia menguruskan perjalanan keluarga terlibat ke Nepal sekiranya perlu namun akses ke lokasi bencana adalah sukar berikutan masalah perhubungan termasuk jambatan yang terputus.