Banjir: 2,442 mangsa banjir ditempatkan di 20 PPS di tiga negeri
Seramai 2,442 mangsa daripada 740 keluarga masih ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Selangor, Perak dan Pulau Pinang susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di tiga negeri itu, setakat jam 11 pagi, pada Isnin.