Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak akan dibayar pada 13 Mac depan.
Jabatan Perkhidmatan Awam menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan, bantuan itu bagi membantu penjawat awam dan pesara membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri.