Skip to main content
Advertisement
Bekas Pengarah Besar FELDA didakwa di Mahkamah Sesyen

Bekas Pengarah Besar FELDA didakwa di Mahkamah Sesyen

Bekas Pengarah Besar FELDA dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas tuduhan memperdaya Lembaga Pengarah FELDA berhubung pemberian kuasa kepada sebuah syarikat untuk menukar hak milik 16 lot tanah milik badan berkanun itu, 12 tahun lalu.

Datuk Faizoull Ahmad, 66, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.