Muhyiddin akan didakwa di mahkamah hari ini
Bekas perdana menteri dan pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang pada Selasa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan berunsur hasutan mengenai proses pelantikan perdana menteri yang dibuatnya semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.