Mesyuarat GRS | GRS belum putuskan calon, bincang kerjasama BN
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) belum memuktamadkan calon yang akan mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (pru15) kata Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.
Bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS, Hajiji berkata, mesyuarat itu hanya membincang dan menekankan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).