Bersatu Bahagian Tenggara dibubar, kira-kira 40 pemimpin keluar parti
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tenggara dibubarkan berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan dan pengumuman keluar parti oleh kira-kira 40 pemimpinnya pada Jumaat.
Pemangku Ketua Bahagian Tenggara, Aidil Ahmad berkata, keputusan itu bukan dibuat kerana emosi atau kepentingan peribadi, sebaliknya berpunca daripada rasa kecewa yang berpanjangan terhadap kepimpinan parti di peringkat pusat dan negeri kerana gagal mendengar suara akar umbi.