Skip to main content
Advertisement
Bila anak tiada, siapa jaga warga emas?

Bila anak tiada, siapa jaga warga emas?

Bila bercakap tentang masyarakat menua, cabarannya bukan soal kewangan sahaja.

Bagaimana pula nasib warga emas yang tiada anak, tinggal bersendirian atau berjauhan daripada keluarga?

Menurut Pegawai Penyelidik Kanan, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing), Chai Sen Tyng, negara perlu membangunkan ekosistem penjagaan jangka panjang yang mampan, melibatkan perkhidmatan penjagaan profesional, komuniti dan NGO bagi memastikan kebajikan warga emas terus terpelihara.