Petronas hantar kargo LNG pertama dari Kanada ke Jepun
Petronas melakar kejayaan besar dengan pelepasan kargo gas asli cecair (LNG) pertamanya dari kemudahan LNG Canada yang baru beroperasi di Kitimat, British Columbia (B.C.), Kanada.
Penghantaran ke Jepun menerusi kapal LNG Puteri Sejinjang yang mempunyai kapasiti 174,000 meter padu itu menandakan peristiwa penting bagi pelaburan PETRONAS di Kanada.