Prasarana rekod 1.54 juta penumpang sempena ambang Tahun Baharu 2026
Prasarana Malaysia Berhad mencatat rekod tertinggi apabila merekodkan lebih 1.54 juta perjalanan penumpang rel dan bas sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2026.
Jumlah itu direkodkan pada 31 Disember 2025, meningkat 0.76 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadi pencapaian tertinggi sejak penubuhannya.
