BN tawaduk, tidak mahu angkuh dengan kemenangan dua siri PRN – Zambry
Barisan Nasional (BN) tidak mahu terlalu angkuh atau berasa terlalu yakin walaupun kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini memberi momentum positif.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, gabungan itu memilih untuk terus merendah diri dan menghargai sokongan rakyat yang diterima setakat ini.