Skip to main content

Bisnes

Astro BizOne Watch Party dekatkan Top Global dengan peminat EPL

Penyokong menyaksikan perlawanan Chelsea menentang Manchester United menerusi skrin besar sempena Astro BizOne Rewards Watch Party di Ayam Gepuk Top Global, Setapak.
Penyokong menyaksikan perlawanan Chelsea menentang Manchester United menerusi skrin besar sempena Astro BizOne Rewards Watch Party di Ayam Gepuk Top Global, Setapak.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Tarikan Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi penghubung antara perniagaan makanan tempatan dengan komuniti penyokong bola sepak menerusi penganjuran Astro BizOne Rewards Watch Party bersama Ayam Gepuk Top Global.

Ketua Pegawai Eksekutif Top Global Food and Beverages Sdn Bhd, Tuan Haji Muhammad Annas Athoillah berkata, kerjasama dengan AstroBiz itu diharap dapat memperkukuh pengenalan jenamanya ketika syarikat merancang memperluas rangkaian cawangan ke Malaysia Timur.

“Sekarang kami memiliki 59 cawangan di Semenanjung Malaysia. Dan kami akan expand lebih banyak lagi cawangan sampai ke Sabah, Sarawak.

Advertisement

“Apa yang kami harapkan, kerjasama strategik yang kami lakukan dengan AstroBiz ini dapat menguatkan jenama kami, dapat menjadikan jenama kami lebih dikenali dan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Program itu berlangsung di cawangan Ayam Gepuk Top Global di Setapak di sini pada Sabtu, bersempena perlawanan EPL antara Chelsea dengan Manchester United.

Advertisement

Menurut Muhammad Annas, usaha mendekati pelanggan menerusi aktiviti bersama komuniti turut selari dengan pengalaman yang mahu ditawarkan jenama berkenaan.

“Apa yang kami inginkan Ayam Gepuk Top Global bukan sekadar tempat untuk makan tetapi kita inginkan Ayam Gepuk Top Global merupakan pilihan untuk berkumpul, berinteraksi dan dapat menikmati pengalaman-pengalaman yang baik bersama ahli keluarga dan rakan-rakan,” tambahnya.

Image
astrobiz top global insert
Pengunjung bergambar bersama hamper yang diterima sempena Astro BizOne Rewards Watch Party.

Selain menyaksikan perlawanan menerusi skrin besar, pengunjung turut disajikan pelbagai aktiviti, termasuk kuiz, permainan dan cabutan bertuah yang menawarkan barangan eksklusif Astro.

Sebanyak 200 pek makanan percuma turut disediakan bagi memeriahkan perhimpunan penyokong bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bagi seorang pengunjung yang juga guru, Mohamad Khairi Ismail, program berkenaan membuka peluang untuk bertemu semula rakan-rakan yang kini semakin sibuk dengan komitmen keluarga.

“Dahulu, kami mempunyai kelab dan setiap minggu akan berkumpul di kedai mamak. Namun, apabila masing-masing sudah berkeluarga, kami lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Apabila ada perlawanan besar seperti ini, kami berpeluang berkumpul semula sambil membawa pasangan dan anak-anak,” katanya.

Beliau berkata, penyediaan makanan serta aktiviti sampingan turut membolehkan ahli keluarga menikmati suasana program bersama penyokong yang hadir.

“Selain makanan, terdapat juga permainan dan cabutan bertuah untuk pengunjung. Bagi kami penyokong EPL, ini satu usaha yang sangat baik,” ujarnya.

Image
astrobiz top global insert
Astro BizOne Rewards Watch Party menghimpunkan peminat bola sepak bersama keluarga dan rakan-rakan, selain menyediakan 200 pek makanan percuma untuk pengunjung.

Sementara itu, jurutera, Arif Firdaus Yusuf Lutfi turut berkongsi pengalamannya menghadiri program berkenaan selepas mengetahui mengenainya melalui media sosial.

“Saya mengetahui mengenai tayangan ini menerusi perkongsian Astro di Instagram tentang program menonton perlawanan di skrin besar bersama Ayam Gepuk Top Global.

“Pengalaman hari ini sangat baik, termasuk dari segi penyediaan meja dan kerusi, malah kami turut menerima makanan percuma,” jelasnya.

Penganjuran Astro BizOne Rewards Watch Party memanfaatkan kandungan sukan dan rangkaian media Astro bagi membantu rakan niaga memperkenalkan jenama serta membina hubungan lebih rapat dengan pelanggan melalui aktiviti bersama komuniti.

Maklumat lanjut mengenai tawaran dan perkhidmatan AstroBiz boleh didapati menerusi biz.astro.com.my.
 

Must Watch Video

Advertisement