MetMalaysia menjelaskan cuaca panas dan gelombang haba yang berlaku ketika ini bukan disebabkan El‑Nino, sebaliknya pola tahunan penghujung Monsun Timur Laut. Menurut Dr. Toh Ying Ying, suhu dijangka memuncak dari pertengahan Mac hingga April, namun tiada cuaca panas ekstrem diramal setakat ini.