Buletin AWANI Khas: Pasca PRN | Membentuk sinergi politik & memperkukuh parti?
PRN Johor dan Negeri Sembilan bukan sekadar menguji kekuatan parti-parti yang bertanding, malah menjadi medan untuk menilai sentimen sebenar rakyat terhadap hala tuju politik negara.
Keputusan yang diperoleh mengundang pelbagai tafsiran, sama ada ia mencerminkan keyakinan terhadap gabungan parti yang bertanding atau penolakan terhadap pihak lawan.
Dalam masa yang sama, perdebatan mengenai politik identiti, kerjasama antara parti-parti Melayu, pengaruh DAP dalam Kerajaan Persekutuan serta masa depan penjajaran politik menjelang PRU16 terus menjadi antara isu utama yang mencorakkan perbincangan politik negara.