BWF lulus sistem kiraan mata baharu 3x15, mulai 2027
Ahli-ahli Persekutuan Badminton Dunia (BWF) meluluskan penggunaan sistem kiraan mata baharu 15 mata (tiga set) selepas memperoleh majoriti dua pertiga undi yang diperlukan pada Mesyuarat Agung Tahunan BWF ke-87 yang berlangsung di Horsens, Denmark, pada Sabtu.