CEO Invest Selangor kongsi tiga kehendak syarikat sebelum melabur dalam negeri
Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad (Invest Selangor), Datuk Hasan Azhari Idris berkata syarikat global terkemuka mahu tiga perkara dijamin sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam negeri. Jelasnya, tiga perkara tersebut ialah infrastruktur lengkap, integrasi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan akses kepada bakat mahir. #InvestmentInsider