Langkah Selangor memperkasakan agenda kelestarian bukan sahaja bertujuan memelihara alam sekitar, malah menawarkan nilai pelaburan yang jauh lebih kompetitif kepada komuniti pelabur global. Pelaburan dalam sektor tenaga hijau sering kali dianggap sebagai beban kos tambahan atau peningkatan perbelanjaan modal oleh segelintir pihak, namun Selangor melihatnya daripada perspektif yang berbeza menerusi pengurusan sisa yang bertanggungjawab.