China salur bantuan kecemasan kepada Nepal selepas bencana
China mengesahkan bantuan kecemasan dan kemanusiaan kepada Nepal sedang dilaksanakan susulan bencana runtuhan glasier yang mencetuskan banjir besar di kawasan sempadan Himalaya. Beijing turut menghantar pasukan pakar penyelamatan terowong serta berkongsi data satelit untuk membantu operasi mencari mangsa.