CIMB perkenal pakej pembiayaan penyelesaian kereta pertama
CIMB Bank Bhd menawarkan pakej pembiayaan kereta baharu kepada pembeli kereta kali pertama menerusi program “First Car Solution” yang merangkumi kadar pembiayaan kompetitif, perlindungan insurans atau takaful serta kemudahan kad kredit CIMB.
Program itu direka khusus untuk membantu pelanggan berumur 18 hingga 30 tahun mengurus kewangan melalui pilihan pembiayaan dan perlindungan yang disesuaikan.