Creative Sprint 2026 perkasa usahawan berimpak sosial
Creative Sprint 2026 kembali untuk tahun ketiga dengan memberi tumpuan kepada pembangunan perusahaan sosial melalui sokongan yang melangkaui pembiayaan. Program ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan bagi membantu usahawan membina perniagaan yang mampan dan mencipta impak sosial jangka panjang.