TERAJU hari ini mengumumkan pendekatan baharu bagi memperkukuh penskalaan syarikat Bumiputera dengan penekanan kepada penciptaan nilai dan peningkatan daya saing jangka panjang.
Menerusi majlis TERAJU Aspirasi Outreach 2026, Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Junady Nawawi Berkata, fokus kini beralih daripada sekadar jumlah penyaluran pembiayaan kepada keupayaan syarikat mencipta nilai, menarik pelaburan dan menembusi segmen pasaran bernilai tinggi.