Skip to main content
Advertisement
Dokumentari KWSP 75 Tahun

Dokumentari KWSP 75 Tahun

Sempena ulang tahun ke-75 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dokumentari Merintis Legasi: 75 Tahun Berbakti demi Ahli dan Negara membawa penonton mengikuti perjalanan tujuh dekad setengah KWSP dalam membina legasi kepercayaan, amanah dan komitmen terhadap kesejahteraan persaraan rakyat Malaysia.

Dokumentari ini menyingkap detik-detik penting dalam sejarah penubuhan dan perkembangan KWSP sejak tahun 1951, serta memaparkan bagaimana institusi ini terus berevolusi seiring dengan kemajuan negara. Ia turut mengetengahkan peranan KWSP dalam melindungi simpanan persaraan ahli, memperkukuh strategi pelaburan serta sumbangannya kepada pembangunan ekonomi dan negara.

#KWSP #KWSP75Tahun