Dua ditahan, rampas ganja bernilai RM455,000 di Kuala Perlis
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua lelaki dan merampas 65.05 kilogram (kg) ganja bernilai kira-kira RM455,000 selepas menahan sebuah bot fiber di perairan Perlis, Kuala Perlis, pada Khamis malam.