Dua Mangsa Di Kuala Terengganu Rugi Hampir RM150,000
Seorang ibu tunggal dan seorang peniaga lelaki di Kuala Terengganu mengalami kerugian hampir RM150,000 selepas menjadi mangsa dua kes penipuan berasingan melibatkan penipuan cinta melalui media sosial serta sindiket tender pembekalan perabot sekolah palsu. Kedua-dua mangsa tampil membuat laporan polis selepas menyedari ditipu, manakala kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.