ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 November 2026.
Sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak adalah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Serangan siber: Negara perlu pendekatan proaktif - PM Anwar
Kerajaan memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan siber negara dengan memberi tumpuan kepada keupayaan menjangka dan mencegah serangan, susulan ancaman siber yang semakin kompleks serta canggih.
[TERKINI] PRN Melaka: Adly berdepan Ah Long, bantu keluarga diugut
Hutang hampir RM16,000 dengan Ah Long sehingga sebuah keluarga menerima ugutan antara kes yang pernah ditangani Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.
Tahanan rumah Najib: AGC nafi ingkar titah pengampunan, mahu kepastian undang-undang
AGC berpandangan persoalan status hukuman penjara Najib dalam kes SRC International perlu dirujuk segera kepada mahkamah untuk penentuan dan arahan jelas.
Tiada arahan simpan bekalan makanan 72 jam - Mohamad Sabu
Menteri Mohamad Sabu memberi jaminan stok beras dan ikan sejuk beku negara mencukupi, serta menasihatkan orang ramai elak pembelian panik.
Anwar minta Peguam Negara menghadap Agong, perjelas penangguhan tahanan rumah Najib
Perdana Menteri meminta Peguam Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon ampun dan menjelaskan penangguhan tahanan di rumah Najib Razak.
Tahanan rumah Najib: Peguam Negara mohon menghadap Agong perjelas persoalan perundangan
Peguam Negara pada Sabtu memohon perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi memohon ampun berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International.
'Discharge' atau 'Transfer': Di mana punca kebuntuan teknikal tahanan rumah Najib?
Isu pelaksanaan titah tahanan di rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak kini terarah kepada satu persoalan teknikal yang wajar diteliti dari sudut tatacara kehakiman dan pentadbiran.
Ancaman siber kekal sederhana, NACSA perketat pemantauan
Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara kekal pada tahap sederhana, dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menegaskan situasi keselamatan siber negara ketika ini berada dalam keadaan terkawal.
Malaysia tidak mahu jadi 'bidak catur' kuasa besar dalam pembangunan 5G - Fahmi
Malaysia tidak akan membiarkan negara menjadi “bidak catur” mana-mana kuasa besar dalam persaingan geopolitik telekomunikasi global, sebaliknya kekal dengan pendirian berkecuali bagi memastikan pembangunan infrastruktur digital negara tidak dipengaruhi kepentingan pihak tertentu.