Skip to main content

Dunia

Arab Saudi keluarkan amaran ancaman di dua bandar

Amaran itu dikeluarkan ketika serangan peluru berpandu dan dron oleh kumpulan Houthi terus menyasarkan wilayah Arab Saudi. - Gambar fail
Amaran itu dikeluarkan ketika serangan peluru berpandu dan dron oleh kumpulan Houthi terus menyasarkan wilayah Arab Saudi. - Gambar fail
Advertisement

ISTANBUL: Amaran ringkas dikeluarkan di bandar Jizan dan Najran di barat daya Arab Saudi bagi memberi peringatan mengenai “potensi bahaya”, menurut Pengurusan Pertahanan Awam Arab Saudi pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

“Bahaya di Bandar Najran telah berlalu,” menurut agensi itu menerusi platform media sosial X, beberapa minit selepas mengeluarkan amaran berkenaan.

Agensi itu turut menggesa orang ramai supaya mematuhi arahan rasmi serta “mengelakkan perhimpunan dan merakam video”.

Advertisement

Terdahulu pada Sabtu, Pengurusan Pertahanan Awam Arab Saudi mengeluarkan amaran sama bagi bandar Jizan sebelum mengumumkan bahawa ancaman berkenaan telah berakhir.

Amaran itu dikeluarkan ketika serangan peluru berpandu dan dron oleh kumpulan Houthi terus menyasarkan wilayah Arab Saudi susulan peningkatan konflik ketenteraan di negara jiran, Yaman.

Advertisement

Arab Saudi mengetuai pakatan tentera yang menyokong kerajaan Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sejak 2015 dalam usaha memerangi kumpulan Houthi, yang mengawal Sanaa dan beberapa wilayah lain sejak 2014.

Peningkatan konflik ketika ini bermula pada Julai selepas tempoh yang agak tenang susulan gencatan senjata hasil pengantaraan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bermula pada April 2022.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement