Empati, institusi & ilmu jadi teras Datuk Rizalman
Selepas lima tahun meninggalkan dunia fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim fokus kepada dakwah dan kerja kemanusiaan melalui Yayasan Rizalman Ibrahim. Jelajah terbaharu di Pulau Pinang merangkumi ziarah pesakit Hospital Seberang Jaya, perasmian Surau Ar-Rijal dan pelancaran Pusat Pengajian Al-Quran Dar Al-Qari. “Ibadah biar kecil, tapi konsisten,” pesan beliau.