Khidmat kesihatan Malaysia bukan sekadar transaksi, tekankan aspek empati - MHTC
Naib Presiden Data Analitik dan Strategi Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Aida Zurina berkata penjagaan kesihatan di Malaysia tidak melihat perkhidmatan yang diberikan daripada aspek transaksi semata-mata, sebaliknya memberi penekanan kepada aspek empati dan sentuhan manusia. Jelasnya, kepimpinan wanita dalam sektor ini memastikan tawaran tersebut dirasai oleh setiap pelancong kesihatan yang datang ke negara ini. #AgendaAWANI