Pendidikan jadi agenda teras negara dalam RMK13
Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) membuktikan komitmen kerajaan dalam menjadikan pendidikan sebagai agenda teras negara.
Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berpandangan, peruntukan sebanyak RM67 bilion yang diumumkan bagi sektor itu merupakan pelaburan besar untuk menjamin masa depan anak-anak.