F1 di Malaysia peluang 'durian runtuh', pulangan dijangka melebihi MotoGP
Malaysia berpotensi meraih pulangan pelaburan yang lebih tinggi menerusi penganjuran Formula 1 (F1) dengan kos sekitar RM16 juta, kata Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir. Beliau menyifatkan peluang tersebut sebagai 'durian runtuh' yang mampu memberi impak ekonomi besar kepada negara.