Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Julai 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Julai 2026.

  1. Empat pegawai imigresen antara 12 ditahan godam MyIMMs

    Empat pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat JIM antara 12 individu ditahan menerusi operasi bersepadu bagi menumpaskan kegiatan penggodaman Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) berkaitan permohonan serta kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah, petang semalam.

  2. PRN Negeri Sembilan: Takiyuddin dakwa kemenangan PH boleh ubah landskap DUN

    Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berpotensi mengubah landskap politik negeri itu menerusi pertambahan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dakwa Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

  3. Kepulangan F1 ke Sepang semarak minat generasi muda terhadap sukan permotoran

    Kepulangan Formula 1 (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas hampir sembilan tahun bukan sekadar mengubati kerinduan peminat sukan permotoran, malah dijangka menyemarakkan minat generasi muda terhadap dunia perlumbaan serta bidang berkaitan teknologi dan kejuruteraan.

  4.  Shafie Apdal dipenjara lima minggu, hukuman tangguh hingga selesai rayuan

    Ahli Parlimen Semporna itu didapati bersalah menghina mahkamah berhubung kenyataan dibuatnya berkaitan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

  5. PRN Negeri Sembilan: Polis siasat Ahli Parlimen Jempol didakwa sebar kandungan berunsur hasutan

    Siasatan itu dibuat susulan laporan oleh seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan hantaran video yang memaparkan ucapan ahli politik itu ketika berkempen.

  6. RCI Tabung Haji: Keputusan hibah dipengaruhi politik, Audit Negara sepatutnya lebih tegas

    Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) mendapati beberapa keputusan penting institusi itu termasuk berkaitan agihan keuntungan (hibah), penentuan bayaran haji dan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) dipengaruhi unsur politik.

  7. Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya dari Malaysia - Anwar

    Myanmar bersetuju menerima semula 5,000 pelarian Rohingya dari Malaysia hasil rundingan antara kedua-dua kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
     
  8. TH sepatutnya rugi RM1.4 bilion pada 2017, bukan untung RM3.4 bilion - RCI

    Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) mendapati institusi itu sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion bagi tahun kewangan 2017 sekiranya piawaian Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) diguna pakai sepenuhnya.
     
  9. Amaran awal Bank Negara diabai, Tabung Haji tanggung kerugian besar - PM

    Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan amaran awal yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kedudukan Tabung Haji antara 2014 hingga 2017 tidak diendahkan, sekali gus mengakibatkan institusi itu menanggung kerugian besar.
     
  10. Glasgow 2026: Mohamad Syahmi sumbang emas keenam Malaysia pada penampilan pertama

    Atlet angkat berat negara Mohamad Syahmi Nor Ghazali melakar sejarah pada penampilan pertamanya di Sukan Komanwel selepas memenangi pingat emas bagi kategori 94 kilogram (kg) lelaki pada edisi Glasgow 2026.

Must Watch Video

Advertisement