Fokus Minggu Depan: Jurubahasa isyarat: Pelengkap maklumat komuniti istimewa
Peranan jurubahasa isyarat semakin penting dalam memastikan maklumat sampai dengan adil dan inklusif kepada komuniti orang kelainan upaya (OKU) pendengaran. Dalam perkongsian bersama Presiden MyASLI, Wan Zuraidah Abu, dan Timbalan Presiden, Goh Soo Leng, dibincangkan cabaran, keperluan latihan, serta usaha memperkasa jurubahasa isyarat sebagai pelengkap komunikasi negara.