Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: 'Welcome back' - Ginie terharu sambutan pengundi lama

Ginie yang pernah menjadi ADUN Machap Jaya dari 2018 hingga 2021 turut memohon maaf atas urusan dan projek yang belum sempat diselesaikan ketika berkhidmat. - Gambar Astro AWANI
Ginie yang pernah menjadi ADUN Machap Jaya dari 2018 hingga 2021 turut memohon maaf atas urusan dan projek yang belum sempat diselesaikan ketika berkhidmat. - Gambar Astro AWANI
Advertisement

MELAKA: Ucapan welcome back daripada penduduk lama Machap Jaya menyentuh hati Ginie Lim Siew Lin yang kembali bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Calon Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau menerima banyak panggilan dan mesej sokongan daripada penduduk sejak diumumkan sebagai calon.

“Apabila saya berjumpa dengan mereka secara fizikal, ramai yang sangat-sangat suka dan mengatakan selamat kembali, teruskan, welcome back. Membuatkan saya sangat-sangat terharu,” katanya.

Advertisement

Beliau ditemui selepas Majlis Sambutan Deepavali bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Permai, Machap Umboo, malam ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek serta beberapa calon PH dan lebih 2,000 masyarakat pelbagai kaum.

Advertisement

Ginie yang pernah menjadi ADUN Machap Jaya dari 2018 hingga 2021 turut memohon maaf atas urusan dan projek yang belum sempat diselesaikan ketika berkhidmat.

“Kali ini saya mohon untuk berilah saya lima tahun untuk saya selesaikan apa yang tertangguh ataupun apa yang tidak lengkap dan sempurna sebelum ini, sebab saya tidak ada lima tahun pada penggal yang lepas,” katanya lagi.

Beliau berkata, pertemuan dengan penduduk di lapan daerah mengundi turut membantunya mengenal pasti isu setempat yang perlu diberi perhatian.

Must Watch Video

Advertisement