Hanya 3,150 guru baharu diambil, KPM buka peluang pengambilan COS pada masa depan
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pengambilan guru baharu disemak semula kepada 3,150 orang susulan pendaftaran murid kohort enam tahun 2027 hanya sekitar 73,000 orang berbanding sasaran 400,000 murid. Beliau menjelaskan peluang pengambilan guru secara Contract of Service (COS) masih terbuka berdasarkan keperluan semasa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). #SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat