Hanya rakyat Malaysia layak beli minyak paket subsidi mulai 1 Mac 2026
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, hanya rakyat Malaysia dibenarkan membeli minyak masak paket bersubsidi berkenaan. Warga asing dilarang sama sekali daripada membuat pembelian selepas pewartaan peraturan baharu yang akan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026.
Kerajaan menetapkan had pembelian minyak masak paket bersubsidi kepada tiga paket bagi setiap transaksi menerusi aplikasi eCOSS, dalam usaha memastikan bekalan dapat dinikmati lebih ramai pengguna tempatan.
Langkah itu bertujuan memperkemas agihan serta mengelakkan ketirisan bekalan minyak masak subsidi di pasaran.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat