Pemimpin Houthi Yemen, Abdul Malik al-Houthi, memberi amaran bahawa kemudahan minyak dan infrastruktur strategik Arab Saudi akan menjadi sasaran serangan peluru berpandu serta dron sekiranya Riyadh meningkatkan penglibatannya dalam konflik Yemen. Ancaman itu hadir ketika ketegangan antara kedua-dua pihak kembali memuncak selepas serangan peluru berpandu Houthi ke arah Arab Saudi, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan gencatan senjata yang rapuh.