Skip to main content

Advertisement

Imigresen Selangor pergiat operasi pantau warga asing

Imigresen Selangor pergiat operasi pantau warga asing

Jabatan Imigresen (JIM) Selangor memeriksa 200 warga asing di beberapa lokasi tumpuan di sekitar negeri itu selama tiga hari bermula Jumaat menerusi Ops ‘Omnipresent’.

Pengarah JIM Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, antara kawasan tumpuan ialah di sekitar hentian bas di Pelabuhan Klang, Pasar Taman Sri Muda di Shah Alam serta Pasar Borong Selayang dan Mentari Court, Petaling Jaya.