Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 November 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 November 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 November 2026.

  1. Kerajaan tidak beri komitmen ekstradisi Zakir Naik ke India - Saifuddin

    Setakat ini tiada permohonan ekstradisi terbaharu diterima daripada Kerajaan India berhubung perkara itu.

  2. Kerajaan perkukuh kesiapsiagaan negara hadapi ancaman geopolitik - Anwar

    Kerajaan mengambil serius perkembangan itu dan telah mengadakan Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) Khas pada Isnin.

  3. PRN Melaka: Perbelanjaan negeri bertambah tiga kali ganda, Ab Rauf jawab dakwaan Rafizi

    Menurut Ab Rauf, sepanjang tempoh dua tahun menerajui pentadbiran Melaka, negeri itu mencatatkan rekod pelaburan tertinggi berjumlah RM14.8 bilion pada tahun lalu.

  4. PM arah projek tebatan banjir dipercepat, bantuan tambahan untuk mangsa

    Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang.

  5. Dewan Rakyat: Peningkatan penyeludupan dadah bukan kerana pemansuhan hukuman gantung - PM

    Kerajaan belum dapat memastikan sama ada peningkatan kegiatan penyeludupan dadah dalam kuantiti besar berpunca daripada pemansuhan hukuman gantung mandatori bagi kesalahan berkaitan dadah.

  6. Dana pelaburan Fashion Valet tidak boleh diguna bayar dividen pemegang saham - Saksi

    Mahkamah Sesyen pada Selasa yang mendengar kes pengasas Fashion Valet Sdn Bhd (Fashion Valet) Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar diberitahu bahawa dana pelaburan tidak boleh digunakan untuk pembayaran dividen kepada mana-mana pihak termasuk pemegang saham syarikat itu.

  7. Pendekatan 'spot check' sistem saliran dipergiat cegah banjir kilat di KL - Hannah

    Pemeriksaan mengejut atau spot check terhadap sistem perparitan dan kerja pembersihan di Kuala Lumpur dipergiat bagi memastikan saliran tidak tersumbat, sekali gus mengurangkan risiko banjir kilat terutama ketika musim hujan.

  8. PRN Sarawak: GPS tidak berminat jalin sebarang kerjasama dengan PKR

    Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak berminat menjalinkan sebarang kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13).

  9. PRN Melaka: “Saya terkilan dengan tindakan pihak lawan” – Dira

    Datuk Khaidirah Abu Zahar mengakui terkilan dengan tindakan parti lawan membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan penggunaan premis dan aset kerajaan untuk tujuan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

  10. DBP sokong penambahbaikan bahasa mukadimah Rukun Negara

    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyokong penambahbaikan bahasa mukadimah Rukun Negara, khususnya pemilihan kata yang lebih terangkum dan teks padat, tanpa mengubah maksudnya serta mengekalkan lima prinsip sedia ada.

Must Watch Video

Advertisement