Iran maklum masih dan kekal menguasai Selat Hormuz
Iran menegaskan bahawa negara itu masih menguasai sepenuhnya Selat Hormuz meskipun berdepan sekatan laut oleh Amerika Syarikat. Ketua perunding kanan Iran, Mohammad Baqer Qalibaf, menyatakan Tehran bersedia mengenakan sekatan terhadap laluan strategik itu sekiranya tindakan tentera laut AS berterusan, sambil mendakwa berlaku pelanggaran gencatan senjata oleh pihak Washington.